ADAB dan tata susila dikatakan kian luntur dalam kalangan generasi muda masa kini.
Menerusi satu hantaran di laman Thread, seorang individu mendedahkan sikap sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi yang disifatkan tidak mempunyai 'common sense'.
Mereka dilabelkan sebegitu kerana didakwa dengan selamba menyiapkan tugasan ketika orang sekeliling sibuk dengan agenda majlis perkahwinan.
Setiap mahasiswa perlu menyiapkan tugasan diberikan pensyarah selain menjawab kertas peperiksaan. -Gambar hiasan AI
"Apa pendapat korang untuk student yang bawa assignment atau jawab final paper dekat majlis kahwin orang lain?
"Tadi pergi kenduri kahwin kawan dan dapat semeja dengan student (mungkin kawan kepada pengantin juga), dok sibuk buka laptop kanan, kiri lepas tu handphone pun ada scroll sana sini," katanya menceritakan situasi dialami.
Katanya, sebagai individu yang dijemput menjadi tetamu di majlis perkahwinan rakan, dia melihat tindakan kumpulan pelajar tersebut sebagai tidak menghormati orang lain.
Bukan itu sahaja, dia turut berasa sedih melihat majlis kenduri itu 'dicemari' dengan kumpulan pelajar yang menjadikan meja makan sebagai ruang kerja dan 'port' lepak mereka.
"Bagi pendapat aku sebagai tetamu yang nak meraikan majlis bahagia kawan aku, sedih tengok.
"Sangatlah tak hormat majlis dan literally kau boleh je tinggalkan sekejap laptop atau assigment kau atau siapkan semua benda awal.
"Jika betul ada exam, boleh je cakap elok-elok dengan pengantin atau wakilkan sesiapa yang boleh pergi," katanya, kesal.
ARTIKEL BERKAITAN: “Bila dengar tu sumpah puas!” - Ada pelajar tak tahu common sense, bawa selimut berkampung di McD, harap suasana study macam library!
ARTIKEL BERKAITAN: Muda mudi masa kini suka tayang kekasih, hadir kenduri kahwin sama-sama... Tak manis di mata orang tertentu, boleh cemar keberkatan majlis
Menjengah ruangan komen, terdapat netizen turut tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan pelajar tersebut.
"Kalau busy sangat, datang sekadar meraikan kemudian baliklah sambung kerja tu. Boleh pula tengah bising-bising, ramai orang macam tu dia pergi buat assignment?
"Macam tak proper je, lebih baik tak payah datang.
"Bayangkan kalau meja penuh, ada pula yang masih berdiri sambil cari meja.
"Kalau ada common sense, kita yang dah habis makan mesti terus bangun. Tak kisahlah majlis di kampung atau bandar. Itu adab di kenduri kahwin," antara komen netizen.
Boleh pula tengah bising-bising, ramai orang macam tu dia pergi buat assignment?"
NETIZEN
Selain itu, seorang warganet tidak menyangka 'amalan' ini yang sering dilihat di kedai-kedai makan mula 'merebak' ke majlis kahwin.
"Selama ni baca spesis ni jenis yang duduk penuh meja kat kafe beli satu, dua air lepas tu bolot meja berjam-jam dan buat bodoh je dengan customer lain yang cari meja nak makan. Ada yang bawa perangai macam tu pergi kenduri pula?" katanya.
Tidak kurang juga yang menganggap perkara ini tidak perlu dibangkitkan sama sekali, memandangkan komitmen atau rutin kehidupan setiap individu berbeza-beza.
"Wedding tu jenis yang formal gila-gila ke? Kalau biasa-biasa dengan tetamu sana sini masa pengantin tengah potong kek, kenapa tidak? Baguslah tu dia hadir raikan pengantin.
"Tak ada isu pun! Belum jumpa lagi orang yang masa bercuti pun kena menghadap Google Meet, walaupun masa tu dalam kereta dan line tak okay. Mesti kena kata (kecam) juga kan?
"Orang tu datang meraikan pun dah okay, bukannya masa dia jawab exam atau buat assignment tu dia suruh orang diam ke apa," katanya.
Komen warga maya.
Dalam pada itu, ada netizen yang mengaitkan isu ini dengan kematangan dan faktor usia.
Secara peribadi, dia berpandangan bahawa usia yang masih mentah mungkin menjadi faktor utama kurangnya pengetahuan umum tentang standard sosial dan norma masyarakat.
"Zaman muda kita dulu pun mungkin ada benda kita buat yang orang sekeliling rasa tak kena, bezanya tak ditegur je.
"Yang penting pelajar tu tahu apa yang perlu diutamakan, cuma mungkin tak kena tempat," katanya.