PENGARAH filem Bisikan, Opie Zami mendedahkan dia mengalami pengalaman mistik sehingga terpaksa berehat selama dua hari ketika cuba mendalami penyakit skizofrenia demi menjayakan karya itu.Opie atau nama sebenarnya Mohd Soupi Azmi, 51, berkata dia tidak menyangka permintaannya kepada Allah untuk merasai sendiri keadaan dialami pesakit skizofrenia dimakbulkan sehingga mengalami pengalaman luar biasa. “Saya sanggup minta kepada Allah supaya diberikan penyakit itu. Dengan izin Allah, saya dapat merasainya sehingga terpaksa berehat selama dua hari.Opie dapatkan rawatan doktor untuk kembali pulih.“Saya dengar dan nampak rumah serta meja bergerak. Saya percaya apa yang berlaku itu adalah daripada sudut pandang pesakit.“Kalau kita nak kongsikan sesuatu kepada orang dengan lebih mendalam, kita harus merasainya terlebih dahulu,” katanya.Berkongsi lanjut mengenai pengalaman tersebut, Opie mengakui proses pemulihannya bukan sesuatu yang mudah apabila mengambil masa kira-kira enam bulan untuk pulih sepenuhnya.“Sepanjang penggambaran dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya masih dalam proses pemulihan. Selepas penggambaran pun, mengambil masa enam bulan untuk pulih sepenuhnya.ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga 17 tahun Opie Zami musnah - “Dia tak salah... saya yang gagal bentuk jadi isteri mithali”ARTIKEL BERKAITAN: Opie Zami Berbalah Dengan Penulis Skrip 'Kecoh! Hantu Raya Tok Chai'“Apabila melalui sendiri pengalaman itu, saya dapat memahami bagaimana sakit itu datang dan bagaimana rasanya dari sudut pandang pesakit,” kongsinya.Dalam pada itu, Opie berkata dia mendapatkan khidmat pakar perubatan bagi merawat keadaan yang dialaminya, namun memilih untuk tidak mengambil ubat yang disyorkan.Sebaliknya, dia menjalani proses pemulihan dengan pemantauan rakan penerbit filem berkenaan yang juga seorang doktor. Mudah menjatuhkan hukuman terhadap seseorang berdasarkan perbuatan mereka.OPIE ZAMIPENGARAH“Saya tak nak makan ubat, tetapi dalam tempoh pemulihan doktor syorkan susu dengan coklat gelap (dark chocolate). Sekarang sudah tiada,” ujarnya.Mengulas mengenai pembikinan filem Bisikan, Opie berkata karya tersebut diilhamkan daripada kisah benar yang dikaji sendiri oleh penerbitnya, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.Jelasnya, filem berkenaan tertangguh selama enam tahun selepas proses penggambaran terpaksa dihentikan susulan pelaksanaan PKP.Barisan pelakon, pengarah dan penerbit Bisikan.“Memandangkan dia peguam dan banyak mengendalikan kes-kes seperti ini, dia sedar kebanyakan orang tidak tahu mengenai perkara tersebut dan mudah menjatuhkan hukuman terhadap seseorang berdasarkan perbuatan mereka.“Dari situ, dia berjumpa dengan saya dan menyatakan hasrat untuk menghasilkan cerita seperti ini,” kongsinya.Filem Bisikan bakal menemui penonton di pawagam pada 19 November ini dan turut dibintangi Fatin Afeefa, Azhan Rani, Vanidah Imran, Iman Zulkarnain, Puteri Rayyana serta Altimet.