PENYANYI Jisoo mendedahkan dia banyak berbelanja untuk membeli permainan atas talian selain mendapatkan 'nyawa' gara-gara mudah terpengaruh dengan iklan. Menurut Jisoo, pembelian permainan atas talian adalah perbelanjaan terbesar bulanannya selain membuat tempahan makanan penghantaran. Meskipun sudah cuba untuk menghentikan tabiat begitu, namun menurutnya ia sukar dilakukan kerana tertarik dengan bentuk promosi yang dipaparkan.Jisoo banyak menghabiskan masa bermain permainan atas talian. "Perbelanjaan terbesar saya ialah membeli permainan online, manakala nombor dua ialah makanan penghantaran. Saya bermain permainan, memesan makanan dan kemudian makan."Bukankah permainan ini dicipta oleh individu yang sangat bijak? Akan muncul notifikasi, jadi saya pun membelinya."Selepas membuat pembelian, mereka mengucapkan terima kasih dan memaklumkan saya akan mendapat nyawa 3,000 peratus. Jadi, saya beli lagi. Perkara ini memang tiada penghujung," ceritanya.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa sambutan ulang tahun ke-10 Blackpink hambar, Jisoo tampil mohon maaf ARTIKEL BERKAITAN: Pereka fesyen ambil tindakan undang-undang, dakwa Jisoo ‘songlap’ baju berjenama mewah Anggota kumpulan Blackpink ini juga memberitahu dia merupakan seorang pemain yang aktif sehingga pernah dilantik menjadi ketua dalam satu permainan atas talian.Berkongsi pengalaman sendiri, katanya menjadi ketua kepada pemain lain bukanlah suatu yang mudah kerana dia perlu bijak mengawal permainan.“Suatu hari, ketua kumpulan tiba-tiba keluar dan saya mengambil alih tugasnya. Saya perlu mengetuai 20 orang ahli.“Tugas itu terlalu mencabar sehingga saya mengambil keputusan untuk berhenti. Saya pernah menjadi ketua kumpulan sebanyak dua hingga tiga kali," kongsinya.