KUMPULAN Blackpink memohon maaf kepada peminat selepas sambutan ulang tahun ke-10 mereka tidak berlangsung seperti yang diharapkan.Permohonan maaf itu disampaikan oleh salah seorang ahli kumpulan berkenaan, Jisoo ketika Blackpink mengadakan siaran langsung yang turut menampilkan tiga lagi anggota iaitu Jennie, Rosé dan Lisa. Menurut Jisoo, mereka menyedari betapa pentingnya ulang tahun ke-10 buat Blink (kelab peminat Blackpink) dan pada awalnya merancang untuk meraikan pencapaian tersebut bersama lebih ramai peminat.Blackpink “Kami tahu betapa pentingnya ulang tahun ke-10 ini dan pada asalnya kami mahu meraikannya bersama ramai orang.“Bagaimanapun, berlaku masalah komunikasi antara anggota dan kami benar-benar memohon maaf.“Kami berharap Blink yang berasa kecewa dapat memahami perasaan sebenar kami dan tahu bahawa kami menyayangi anda,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun berlakon tapi masih 'kayu', netizen minta Jisoo Blackpink berhentiARTIKEL BERKAITAN: Peminat kecewa tiket konsert Blackpink mahal, persembahan pula tak sampai 2 jamDifahamkan, kekecewaan peminat tercetus susulan ketiadaan sambutan besar-besaran sempena ulang tahun istimewa kumpulan tersebut.Malah, satu acara pertemuan bersama peminat yang dianjurkan di Muzium Negara Korea, Seoul hanya melibatkan 40 peminat terpilih dan diumumkan kira-kira dua hari sebelum berlangsung.Situasi itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan BLINK yang berharap sambutan ulang tahun ke-10 BLACKPINK diraikan dengan lebih meriah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!