suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon AI lagi popular di China, ‘Fang Taozi’ kaya macam manusia... Dibayar RM170,000 promosi produk 20 saat

Taozi menjadi pelakon AI yang menerima bayaran tertinggi.

PENERBITAN drama menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) kini semakin mendapat sambutan di China, termasuk kemunculan pelakon yang dihasilkan menerusi teknik tersebut.

Antara yang menjadi perhatian ialah 'aktres' Fang Taozi yang mula dikenali selepas muncul dalam drama berjudul The Fired Girl.

Bukan sekadar berlakon dalam drama, Taozi juga kini mula mencipta populariti seperti manusia sebenar apabila menerima pelbagai tawaran untuk mempromosikan produk.

Nama Taozi kini semakin popular di China. 

Lebih mengejutkan, Taozi menerima bayaran yang jauh lebih tinggi berbanding pelakon sebenar dan pempengaruh media sosial di negara berkenaan.

Menerusi sebut harga yang tersebar di platform media sosial Douyin, pelakon itu dikatakan mengenakan bayaran sekitar RM168,000 bagi mempromosikan produk menerusi video berdurasi maksimum 20 saat.

Sementara itu, kadar bayaran yang ditetapkan bagi video berdurasi melebihi 60 saat adalah sekitar RM258,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat produksi China perkenal pelakon AI, netizen tak puas hati dakwa tiru wajah artis sebenar 

ARTIKEL BERKAITAN: 

Nama Taozi mula diperkenalkan sekitar Jun lalu dan kemunculannya terus mendapat perhatian apabila berjaya meraih 400,000 pengikut di media sosial dalam tempoh 30 hari.

Menerusi perkongsian di media sosial, pengendali akaun pelakon itu turut memuat naik aktiviti harian yang dipersembahkan seolah-olah kehidupan manusia sebenar.

Taozi juga dikatakan sebagai pelakon AI yang menerima bayaran tertinggi di China.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain