suria

Syarikat produksi China perkenal pelakon AI, netizen tak puas hati dakwa tiru wajah artis sebenar

Xiyan (kiri) dan Lingyue menjadi pelakon pertama AI yang dipasarkan secara komersil.

SEBUAH syarikat produksi yang beroperasi di China buat pertama kalinya memperkenalkan dua  pelakon baharu hasil ciptaan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Bagaimanapun, usaha menampilkan Lin Xiyan dan Qin Lingyue itu mendapat kritikan ramai yang tidak bersetuju industri perfileman negara berkenaan mula digantikan dengan AI.

Malah, syarikat produksi Youhug Media juga menerima banyak kecaman kerana dua pelakon berkenaan dilihat hampir menyerupai selebriti tempatan sedia ada.

Wajah Lingyue dikatakan mirip pelakon Zhai Zilu (kanan). 

"Saya mahu melihat pelakon sebenar. Hanya manusia yang faham watak dan emosi sebenar, bukan emosi yang dijana.

"Saya semakin tidak faham dengan apa yang berlaku dalam dunia sekarang," komen netizen.

Menerusi pemerhatian ramai, wajah Xiyan dikatakan hasil gabungan wajah aktres Zhao Jinmai, Zhang Zifeng dan Liang Jie.

ARTIKEL BERKAITAN: Finalis ratu cantik diserang isteri orang, didakwa ganggu rumah tangga kawan sendiri 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon lelaki kantoi dengan teman wanita, rupanya dah berkahwin... Cik A rugi puluhan ribu sebab kesian

Manakala Lingyue pula dilihat mirip wajah pelakon Zhai Zilu.

Syarikat Youhug Media juga berdepan desakan ramai agar kedua-dua pelakon AI itu dihapuskan.

Malah, tidak kurang juga ada yang mencadangkan syarikat pengurusan artis mengambil tindakan kerana meniru wajah pelakon di bawah pengurusan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain