PENYANYI Kim Dongwan berdepan kritikan selepas seorang individu dipercayai bekas pengurus peribadinya tampil mendedahkan pengalaman buruk yang pernah dilalui ketika mereka bekerjasama.Menurut individu yang dikenali sebagai Person A itu, sikap Dongwan masih belum berubah, sama seperti ketika dia menguruskan kerjaya seni penyanyi berkenaan sebelum ini. Malah, dia secara terbuka mendedahkan beberapa perbuatan Dongwan yang kurang menyenangkan, termasuk terlibat dengan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk."Sejujurnya, terlalu banyak yang boleh saya katakan… Sudah bertahun-tahun berlalu. Macam mana awak masih sama sahaja?Sikap Dongwan dikatakan memberi kesan kepada orang terdekat. "Minum dan buat kecoh di kelab sampai masuk berita, minum sambil buat siaran langsung di Instagram untuk bergaduh dengan peminat. Adakah awak berfikir dengan waras?"Bila saya tengok orang yang masih sukakan awak, minat sangat pada awak dan tinggalkan komen sokongan, kadang-kadang saya rasa kasihan pada mereka," jelasnya dalam satu hantaran di media sosial.Luahan tersebut dibuat selepas Dongwan dilihat kini semakin terbuka mengkritik isu semasa di media sosial sehingga mendatangkan kemarahan dalam kalangan peminat.ARTIKEL BERKAITAN: Rakan beri cadangan bekukan sperma, Jay Park tersipu malu diusik belum kahwin ARTIKEL BERKAITAN: RM BTS cedera menjelang konsert, pergerakan koreografi terpaksa dihadkanPerson A dalam masa sama turut mendakwa Dongwan pernah menggesanya untuk mendapatkan sebuah tawaran kerja dengan harga tinggi, namun kemudian menarik diri daripada projek berkenaan.Sementara itu, Dongwan yang juga merupakan anggota kumpulan Shinhwa membalas dakwaan tersebut dengan satu kenyataan ringkas dan bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan palsu berkenaan."Cerita yang kini sedang tersebar adalah tuduhan tidak benar dan bercanggah dengan fakta sebenar," tegasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube