suria

Ayu Ting Ting siap ‘booking’ saf dalam masjid, keluarga dapat layanan istimewa jemaah Depok

Netizen persoalkan keistimewaan yang dimiliki Ayu.

GELAGAT penyanyi Indonesia, Ayu Ting Ting, ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri di  Masjid Al Huda, Depok, Jawa Barat, Indonesia menjadi perhatian ramai.

Menerusi video tular di TikTok, Ayu, 34, dilihat hadir bersama ibu, anak serta adiknya bagi menunaikan solat hari raya secara berjemaah.

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah tindakan penyanyi itu membuat tempahan tempat solat di masjid berkenaan.

Gelagat Ayu anak beranak jadi perhatian.

Malah, kawasan tersebut turut diletakkan tanda tertera “keluarga Ayu Ting Ting” bagi mengelakkan orang lain mengambil tempat berkenaan.

Perkara itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-rata mempertikaikan situasi tersebut.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen mendakwa Ayu merupakan antara penyumbang besar di masjid berkenaan sehingga dia dan ahli keluarganya menerima layanan istimewa.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ramai kawan artis, Ayu Ting Ting rupanya pemalu dan introvert

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting dianggap biadab, pergi kenduri kahwin pakai gaun seksi

“Seumur hidup baru kali ini tengok orang ‘reserve’ tempat solat.

“Tak sangka artis ada keistimewaan macam ini, kalau kita cop guna sejadah saja.

“Patutnya siapa datang dulu ambil depan, ini lambat pun duduk depan,” antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain