suria

Finalis ratu cantik diserang isteri orang, didakwa ganggu rumah tangga kawan sendiri

Jeni dikatakan menjadi perosak rumah tangga.

KECOH di media sosial apabila seorang finalis pertandingan ratu cantik Indonesia menjadi perhatian selepas didakwa menjadi orang ketiga dan mengganggu rumah tangga orang lain.

Jeni atau Jeni Rahmadial Fitri mula menjadi bualan hangat selepas sebuah video memaparkan dirinya diserang seorang wanita tular sejak beberapa hari lalu.

Menerusi rakaman tersebut, Jeni dilihat berada bersama seorang lelaki di lokasi awam sebelum didatangi wanita yang mendakwa sebagai isteri sah kepada lelaki berkenaan.

Jeni merupakan finalis ratu cantik Indonesia 2024.

Lebih mengejutkan, Jeni dan wanita berkenaan dikatakan saling mengenali dan merupakan kawan rapat sebelum ini.

Difahamkan wanita tersebut turut membantu Jeni ketika persiapannya menyertai pertandingan ratu cantik.

Bagaimanapun, sehingga kini Jeni masih belum tampil memberikan sebarang penjelasan berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai orang ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: RM BTS cedera menjelang konsert, pergerakan koreografi terpaksa dihadkan

ARTIKEL BERKAITAN: Shireen Sungkar, rakan selebriti bina masjid dan perigi, wakaf atas nama Vidi Aldiano

Untuk rekod, Jeni merupakan antara finalis Puteri Indonesia 2024 yang mewakili wilayah Riau.

Selain aktif dalam dunia ratu cantik, dia juga dikenali sebagai usahawan muda dan memegang jawatan sebagai pengarah di sebuah klinik kecantikan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain