suria

Lucinta Luna mahu kembali ke fitrah asal, mohon sokongan ramai

Lucinta mahu berubah menjadi seorang lelaki tulen.

PERSONALITI media sosial, Lucinta Luna memohon sokongan orang ramai terhadap hasratnya untuk berubah dan kembali kepada fitrah.

Lucinta berkata, dia kini sedang mengumpul keberanian untuk menukar imej dan berharap netizen dapat menerima perubahan tersebut dengan hati terbuka.

Katanya, proses itu tidak dilakukan secara mendadak, sebaliknya bermula dengan perubahan kecil termasuk masih memakai rambut palsu pada peringkat awal.

Lucinta mengenakan pakaian fitrah lelaki untuk melakukan ibadah.

"Saya mohon sokongan anda (netizen) semua supaya kamu pun selesa dan saya boleh biasakan diri dengan penampilan baru. 

"Saya kini perlahan-lahan mengumpul keberanian untuk menukar penampilan menjadi seorang lelaki, walaupun masih pakai rambut palsu. 

"Baru potong rambut gaya lelaki Korea macam ini pun dah kena kecam. Sebenarnya saya cuma nak melalui proses ini supaya boleh rasa selesa mendalami diri dalam keadaan sekarang," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju Melayu pagi raya, Lucinta Luna dipuji kacak

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna janji tunai umrah sebagai lelaki, tak tergamak persenda agama

Lucinta berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya. 

Dalam pada itu, Lucinta turut berkongsi bahawa perubahan tersebut juga didorong oleh keinginannya untuk kembali mendekatkan diri kepada Tuhan selepas lebih sedekad berpenampilan wanita. 

"Akhirnya selepas lebih 10 tahun saya berani semula untuk berniat melakukan ibadah dengan memakai pakaian lelaki.

"Disebabkan saya terlalu banyak dosa, izinkan saya memohon keampunan atas dosa-dosa ini," ujarnya. 

Sekadar peringatan, perbuatan menukar jantina dan mengubah fitrah dilarang dalam agama Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain