suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dea Imut tunda kahwin, galas tanggungjawab jaga adik-beradik

Dea sanggup tangguhkan perkahwinan demi keluarga.

DEMI membiayai pendidikan adik beradik, pelakon Dea Imut dikatakan sanggup berkorban dengan menunda tarikh perkahwinannya.

Keputusan itu dilakukan memandangkan Dea atau Dea Annisa, 30, kini mengambil tanggungjawab untuk menyara keluarga selepas bapanya meninggal dunia.

Dea akan pastikan adik beradiknya selesai belajar terlebih dahulu. 

Kata ibunya iaitu Masayu Chairani, Dea seorang kakak yang bertanggungjawab dan tidak pernah mengeluh menggalas tanggungjawab itu.

"Sejak ayah meninggal, tanggungjawab dia memang luar biasa. Dia bantu biayai pendidikan adik beradiknya sehingga tamat belajar," katanya.

Masayu turut memuji sikap Dea yang menjaga diri dan mengutamakan keluarga berbanding hiburan malam atau kehidupan remaja biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pengurus dedah sikap buruk Kim Dongwan, kesal kerana masih belum berubah

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat produksi China perkenal pelakon AI, netizen tak puas hati dakwa tiru wajah artis sebenar

"Kalau saya tengok anak-anak yang sebaya Dea, mesti ada yang akan ke kelab malam dan sebagainya. Tapi, anak saya Alhamdulillah tidak pernah.

"Dia cuma pergi ke kafe untuk minum kopi bersama keluarga. Kalau malam minggu pula dia akan habiskan masa bersama saya, bukannya sibuk bercinta," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain