RESTORAN milik ibu kepada penyanyi terkenal Beyonce iaitu Mama Tina’s Gumbo ditutup buat sementara pada 16 Mac lalu apabila seorang pelanggan dilaporkan muntah darah selepas menikmati hidangan gumbo, sejenis sup tradisional.Menurut laporan TMZ, siasatan oleh Jabatan Kesihatan Houston mendapati hidangan gumbo tersebut disediakan di luar premis sebelum disejukkan. Difahamkan makanan itu disimpan di lokasi tidak berlesen, sebelum dipindahkan ke treler sejuk beku.Tina memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawai kesihatan. Dalam pada itu, laporan turut mendedahkan bahawa pihak restoran gagal menyimpan rekod suhu semasa proses penyejukan dan penyimpanan makanan. Selain itu, makanan yang disediakan itu melebihi 24 jam selain hidangan tersebut tidak dilabel dengan tarikh.Pegawai kesihatan turut mendapati bahan makanan sejuk beku seperti udang dan ketam tidak disimpan mengikut prosedur yang sepatutnya.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dedah Beyonce selalu bergaduh dengan adik, dibawa jalani rawatan terapiARTIKEL BERKAITAN: Tiket konsert Beyonce tak laku, penganjur buat potongan harga penuhkan stadiumWalau bagaimanapun, pengurusan restoran dilaporkan memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dibuat. Tina Knowles juga bersetuju untuk menghentikan penyediaan makanan di luar premis serta menambah baik penggunaan kemudahan penyimpanan sejuk beku.Penutupan tersebut hanya bersifat sementara dan tidak memberi kesan besar terhadap operasi restoran.Malah restoran tersebut dibenarkan beroperasi semula pada keesokannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube