suria

Jennie Blackpink didakwa tak tunjuk wajah penuh ketika pemeriksaan di lapangan terbang, netizen persoal boleh lepas sebab selebriti?

Jennie dianggap tidak mengikut SOP yang sepatutnya.

TULAR satu video memaparkan aksi anggota kumpulan Blackpink iaitu Jennie ketika melalui pemeriksaan keselamatan di  lapangan terbang yang dianggap tidak mematuhi tatacara pengendalian piawai (SOP) sepatutnya. 

Menerusi klip berkenaan, Jennie, 30, dilihat tampil serba tertutup dengan mengenakan beanie, hoodie, cermin mata hitam serta pelitup muka.

Namun ketika diminta menunjukkan pasport, penyanyi itu hanya menurunkan pelitup muka secara separa sebelum kembali memakai cermin mata hitam dan berlalu pergi.

Jennie didakwa hanya membuka separa penutup mukanya. 

Situasi tersebut mengundang kritikan apabila segelintir netizen mempersoalkan tindakan Jennie yang didakwa tidak menunjukkan wajah sepenuhnya ketika pemeriksaan identiti.

"Mereka kata itu Jennie, tapi dibenarkan lepas walaupun tidak menunjukkan muka sepenuhnya. Bukankah perlu tunjuk seluruh wajah?

"Kenapa dia boleh lepas macam itu sahaja? Adakah disebabkan dia selebriti?" soal netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink didakwa terima bayaran jadi ‘kekasih gelap’, ada video aksi atas katil

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink menang kes saman, mahkamah tolak dakwaan lelaki mengaku bapa kandung

Bagaimanapun, terdapat juga pihak yang tampil mempertahankan penyanyi berkenaan dengan menjelaskan situasi sebenar.

"Kalau itu nampak macam imigresen, jelas anda tidak pernah naik kapal terbang. Itu cuma pemeriksaan di pintu masuk pesawat.

"Dia sudah buka pelitup muka dan cermin mata untuk diperiksa. Kenapa masih mahu kecam," ujar peminatnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain