PENYANYI Jennie Blackpink menarik nafas lega apabila menang kes saman terhadap seorang lelaki yang mengaku sebagai bapa kandungnya.
Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Korea Selatan selepas mendapati dakwaan dibuat oleh lelaki yang dikenali sebagai A itu tidak berasas.
Malah rekod juga telah membukti ahli keluarga Jennie yang sebenar selaku plaintif kes berkenaan.
Keputusan mahkamah memihak kepada Jennie.
"Tiada bukti sokongan terhadap dakwaan defendan selain kenyataan sendiri.
"Rekod daftar keluarga rasmi plaintif dengan jelas menunjukkan lelaki lain sebagai bapa Jennie.
"Oleh itu, munasabah untuk menyimpulkan dakwaan defendan adalah palsu," jelas kenyataan mahkamah.
Mahkamah turut mengarah semua buku yang ditulis oleh A berkaitan Jennie dihapuskan.
ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink didakwa terima bayaran jadi ‘kekasih gelap’, ada video aksi atas katil
ARTIKEL BERKAITAN: Agensi kurung Blackpink, Jennie bosan duduk asrama
Ia ekoran A menerbitkan sebuah novel yang menggunakan nama dan logo Jennie sebagai muka hadapan.
Dalam prolog buku itu, lelaki berkenaan mengakui Jennie sebagai anak perempuannya malah dan ia tersebar dalam kalangan peminat.
Walaupun hak peribadi Jennie dicerobohi namun tiada sebarang denda dikenakan kerana kes ini tidak melibatkan tuntutan harta.
Namun defendan diarahkan menanggung semua kos guaman.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube