suria

Maia Estianty curi tumpuan, anak berang konflik lama dengan Mulan Jameela jadi sebutan

Maia dan Ahmad Dhani (kiri) iringi Al Ghazali sebelum bernikah.

KEHADIRAN penyanyi Maia Estianty di majlis pernikahan anaknya sulung terus menjadi bualan ramai sehingga ada yang kembali menyebut isu lama melibatkan dia bersama Mulan Jameela. 

Berang perkara tersebut diperkatakan, El Rumi yang merupakan anak kedua penyanyi itu menganggap ia seperti merosakkan kemeriahan perkahwinan abangnya iaitu Al Ghazali. 

"Kenapa masih ada yang bercakap lagi? Al Ghazali adalah anak sulung ibu dan ayah saya. 

Maia dan Mulan (dua dari kanan), bertemu dalam majlis yang sama. 

"Itu konflik lama yang sudah berlaku berpuluh tahun. Ayah sudah bahagia dengan keluarga baru dan ibu juga begitu. 

"Bagi saya isu ini tidak penting diperkatakan semula. Apa lagi di hari pernikahan Al," luahnya. 

Peminat sedia maklum akan hubungan Maia dan Mulan tidak baik meskipun mereka sebelum ini pernah bergabung dalam sebuah kumpulan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis bersiram kembali satukan Maia Estianty dan Mulan Jameela, mesra bersalaman lupakan sengketa lama 

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi melepaskan, Maia Estianty titip doa buat Al Ghazali

Dikatakan konflik berlaku antara mereka selepas Mulan didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Maia bersama komposer Ahmad Dhani. 

Untuk rekod, Maia dan Ahmad Dhani bercerai pada 2008. 

Maia bersama suami dan tiga anaknya berserta menantu. 

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaluddin Rumi dan Dul Jaelani.

Maia kemudiannya berkahwin dengan Irwan pada 2018 di Masjid Cammi Tokyo, Jepun.

Manakala Mulan dan Ahmad Dhani berkahwin pada 2009.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain