suria

Trauma selepas bercerai, Arya Saloka pulihkan emosi dengan ruqyah

Arya mahu rawat trauma dalam diri.

PELAKON IndonesiaArya Saloka mengakui berdepan trauma selepas perkahwinan yang dibina selama tujuh tahun dengan Puteri Anne berakhir dengan perceraian tahun lalu. 

Bagaimanapun Arya percaya setiap ujian yang berlaku pasti dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

“Saya memang trauma, tapi ia sesuatu yang saya kena lalui dan hilangkan,” katanya ketika menjadi tetamu podcast Zona Aman.

Arya masih trrauma untuk kembali berumah tangga.

Menurut Arya, dalam usaha memulihkan diri dia memilih kaedah ruqyah sebagai salah satu ikhtiar untuk merawat luka dalaman.

Dedahnya, dia mula mendalami rawatan tersebut ketika menjalani penggambaran filem terbitan Malaysia berjudul Munafik, di mana dia memegang watak sebagai seorang ustaz.

“Daripada situ saya belajar dan faham ruqyah bukan saja untuk atasi gangguan sihir, tetapi juga boleh membantu memulihkan trauma,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa gantung Arya Saloka sebab nakal sangat, diikat sendirian di pondok tengah malam

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya warga Indonesia pun dilarang balik kampung… ini 3 selebriti sambut Aidilfitri jauh dari keluarga!

Dalam pada itu, Arya berpendapat setiap trauma yang dilalui setiap individu boleh membuka ruang kepada gangguan negatif dalam diri.

Justeru dia mengambil keputusan mendapatkan bantuan seorang ustaz bagi menjalani rawatan ruqyah sebagai usaha memulihkan keadaan emosinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain