suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lucinta Luna janji tunai umrah sebagai lelaki, tak tergamak persenda agama

Lucinta mahu mengerjakan umrah sebagai seorang lelaki.

PERSONALITI media sosial transgender sensasi Lucinta Luna meluahkan hasrat mengerjakan umrah di Makkah tidak lama lagi.

Lucinta atau Muhammad Fattah, 35, bagaimanapun berjanji tidak akan menjejakkan kaki di Tanah Suci sebagai wanita kerana tidak mahu mempersendakan agama.

Sebaliknya Lucinta berani bersumpah sekiranya ada rezeki ke Makkah dia akan tampil sebagai seorang lelaki.

Untitled design (15)

Sebelum ini Lucinta pernah akui dirinya seorang lelaki.

"Sedosa-dosa aku, aku tidak akan bermain atau persenda agama. Aku tidak akan menunaikan umrah sebagai seorang wanita.

"Jika ada rezeki dan sudah bersedia, aku berani bersumpah akan menjadi seorang lelaki apabila menjejakkan kaki ke rumah Allah," katanya.

Lucinta berkongsi perkara itu ketika muncul dalam podcast bersama Deddy Corbuzier pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikut jantina asal, Lucinta Luna mahu dikebumikan sebagai lelaki jika meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna trauma dengan lelaki, sedar hanya ‘alat’ demi kepentingan diri

Dalam pada itu, ramai meluahkan rasa kagum dengan pendirian Lucinta dan berharap personaliti media sosial sensasi itu akan mengotakan janjinya.

Malah ramai menitipkan doa supaya Lucinta diberikan hidayah untuk berubah kembali kepada fitrah asal.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila personaliti media sosial sensasi Indonesia yang juga transgender iaitu Isa Zega menunaikan umrah sebagai seorang perempuan.

Berkongsi aktiviti ketika berada di Makkah, Isa dilihat mengenakan telekung sehingga ramai menganggap dia menghina agama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain