suria

Setahun jalin hubungan cinta, Selena Gomez dan Benny Blanco bertunang

Selena teruja dilamar Benny.

SELEPAS setahun menyulam cinta, penyanyi Selena Gomez dan teman lelakinya yang juga penerbit album Benny Blanco sudah mengikat tali pertunangan.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri Selena, 32, menerusi Instagram miliknya pada Khamis sambil menayang cincin bertahta berlian yang dipakai di jari manisnya.

"Selamanya... Bermula dari sekarang," katanya pada bahagian kapsyen foto tersebut.

selena 5

Selena teruja melihat cincin pertunangannya.

Dalam pada itu, Selena turut berkongsi saat Benny melamarnya dan memperlihatkan wajah bahagianya saat melihat cincin di jarinya.

Benny, 36, turut meninggalkan komen pada foto tersebut memberitahu Selena adalah isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk senarai ‘Lelaki Paling Seksi 2024’, kekasih Selena Gomez mengaku jarang mandi

ARTIKEL BERKAITAN: Benny Blanco dipilih ‘Lelaki Paling Seksi 2024’... Selena Gomez bangga, puji kekasih selalu belikan makanan kegemaran

"Eh tunggu dulu, itu isteri saya," tulisnya.

Untuk rekod, Selena dan Benny mula menjalinkan hubungan cinta sejak Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain