suria

Sayang punya fasal, tunang bina studio rakaman buat Lady Gaga

Gaga anggap hadiah studio sebagai tanda cinta kepadanya.

SEBAGAI tanda sokongan dan cinta terhadap Lady Gaga, tunangnya iaitu Michael Plansky membina sebuah studio rakaman sebagai hadiah buat penyanyi berkenaan.

Menerusi temu bual bersama Rolling Stone, Gaga, 38, mendedahkan dia menerima hadiah itu sempena Hari Kekasih pada Februari lalu.

lady gaga 1

Gaga kongsi studio yang dibina tunangnya.

"Dia kata mahu berikan saya kejutan. Dia mengubah pejabatnya di rumah menjadi studio muzik buat saya. Saya rasa hadiah itu sangat romantik.

"Saya sangat suka bekerjasama dengan Michael. Ia menjadi lebih seronok sebab dia sangat mengenali diri saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan kolej busuk hati wujudkan akaun FB sebar kebencian, Lady Gaga jadikan pembakar semangat untuk bangkit

ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga mengaku dah bertunang depan PM Perancis, sama-sama tonton Olimpik Paris 2024

Menurut Gaga, lagu terbaharunya iaitu Disease yang dilancarkan pada Oktober lalu turut dirakam di studio berkenaan.

Untuk rekod, pasangan tersebut bertunang pada Julai lalu selepas mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain