PENGLIBATAN anak pasangan selebriti Beyonce dan Jay-Z yang meminjam suara menerusi filem sekual Mufasa: The Lion King tidak dipengaruhi oleh reputasi ibu bapanya. Sebaliknya kata pengarah filem berkenaan Barry Jenkins, pemilihan Blue Ivy Carter dibuat atas dasar bakat dimiliki remaja berkenaan. "Pemilihan Blue Ivy langsung tidak ada kaitan dengan Beyonce dan Jay-Z. Ivy hadir ke tayangan perdana Mufasa: The Lion King bersama ibu bapanya. "Kami memilih dia selepas mendengar suaranya membaca skrip ketika sesi uji bakat. "Saya jatuh cinta dengan suaranya!," katanya. Barry turut memuji sikap Blue yang tidak memanfaatkan populariti ibu bapanya sebaliknya dia menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan karakter sebagai Kiarq. ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Gambar Blue Ivy Carter Disiarkan 'Online' ARTIKEL BERKAITAN: Anak Beyonce ada perunding imej peribadi! Jelasnya, dia yakin kehadiran Blue mampu memberi impak positif kepada filem tersebut. "Dia datang ke studio pun dengan membuat persiapan. Blue berjaya menyerlahkan karakternya dan mampu menarik perhatian penonton. Blue Ivy miliki bakat yang besar. “Penonton kanak-kanak juga akan melihat diri mereka dalam watak yang dimainkan oleh Blue,” kongsinya. Sebelum ini, khabar pemilihan Blue mengundang reaksi negatif segelintir pihak memandangkan Beyonce juga pernah mengalih suara untuk filem The Lion King yang pertama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!