suria

Lucinta Luna trauma dengan lelaki, sedar hanya ‘alat’ demi kepentingan diri

Lucinta nekad mahu cerai.

PERSONALITI media sosial transgender sensasi Indonesia Lucinta Luna trauma diperalatkan oleh lelaki yang dilihat baik tetapi sebenarnya hanya mahu mempergunakan dia.

Lucinta atau Muhammad Fatah, 34, berkata, dia juga rela menyerahkan tunangnya iaitu Alan kepada mana-mana wanita yang mahukan lelaki berkenaan.

"Saya trauma dengan lelaki! Pada awalnya baik dengan saya tapi akhirnya hanya mempergunakan diri saya.

"Kalau anda tanya mana suami saya, ambil sahaja dia! Ini Instagram dia, silakan kutip dia," katanya.

luna

Lucinta dan Alan dikatakan sudah bernikah di Thailand.

Lucinta berkongsi perkara itu sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Lucinta memberitahu dia nekad untuk memfailkan cerai apabila dirinya sudah tidak dipedulikan oleh suaminya itu.

Kata Lucinta, dia tidak menerima ucapan selamat pagi seperti pasangan suami isteri yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna dakwa sudah kahwin di Thailand, nak fail cerai sebab Alan lebih suka main 'game'

ARTIKEL BERKAITAN: Pertunangan sekadar content... Lucinta berpisah dengan Alan, luah hasrat mahu bertaubat

"Pasangan suami isteri kalau bangun tidur mestilah ucap 'Good morning, honey. I love you'.

"Tapi saya tidak... bangun pagi Alan sudah buka laptop," ujarnya.

Sebelum ini Lucinta mendedahkan dia sebenarnya sudah berkahwin dengan Alan di Thailand.

lunaa

Lucinta tidak lagi mahu dirinya dimanfaatkan oleh lelaki.

Bagaimanapun Lucinta mendakwa Alan mula berubah sikap sejak mereka berkahwin dan bersikap dingin terhadapnya sejak menerima hadiah sebuah komputer riba daripadanya.

Lucinta memberitahu dia berasa seperti seorang hamba kerana Alan sibuk bermain permainan video menggunakan komputer riba sehingga mengabaikannya.

Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangannya bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain