suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

G-Dragon tidak tahu dipanggil polis, sedia buat ujian air kencing isu ambil dadah

G-Dragon mahu segera buktikan dia tidak bersalah.

PENYANYI G-Dragon menegaskan dia tidak pernah menerima panggilan daripada pihak polis untuk menjalani siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah.

Malah menurut G-Dragon atau Kwon Ji Yong, 35, dia hanya mengetahui isu tersebut apabila nama mula menjadi bualan ramai.

"Saya tidak pernah dipanggil oleh pihak polis," katanya ringkas dalam satu temu bual.

g dragon 1

G-Dragon sedia beri kerjasama disiasat pihak polis.

Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil peguam, pihaknya menafikan bekas anggota Big Bang itu mengambil barang terlarang seperti yang didakwa.

Dalam masa sama, G-Dragon juga sedia memberi kerjasama dengan pihak polis untuk melakukan siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon dipanggil polis, siasat berhubung penyalahgunaan dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon filem ‘Parasite’ Lee Sun Kyun ditahan atas tuduhan salah guna dadah

Penyanyi itu turut berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera sekali gus membuktikan namanya tidak bersalah.

"Cerita G-Dragon mengambil dadah adalah tidak benar. Dia secara terbuka mahu hadir ke balai polis bagi menjalani siasatan dan jadual urusan tersebut masih dalam perbincangan.

"G-Dragon sedia menjalani ujian air kencing. Dia mahu selesaikan kes ini dengan segera bagi mendapatkan kebenaran," jelas kenyataan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain