suria

Pelakon filem ‘Parasite’ Lee Sun Kyun ditahan atas tuduhan salah guna dadah

Lee Sun Kyun sedang dalam tahanan polis bagi membantu kes salah guna dadah.

PELAKON Lee Sun Kyun kini berada dalam tahan pihak polis selepas terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah.

Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusannya iaitu HODU&U Entertainment yang memaklumkan pelakon berusia 48 tahun itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Pihak pengurusannya juga memohon maaf atas tindakan dilakukan Sun Kyun sehingga menyebabkan kebimbangan dalam kalangan peminat.

"Kami ingin memohon maaf atas isu membabitkan Sun Kyun dan benar dia sedang dalam tahanan polis bagi membantu siasatan bagi kes penyalahgunaan dadah.

78555

Pihak pengurusan Lee Sun Kyun ambil tindakan tegas terhadap penyebar.

"Pihak kami juga sedia memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa berhubung kes ini," kata kenyataan wakil syarikat pengurusan aktor berkenaan.

Dalam pada itu, syarikat pengurusan itu turut mendedahkan Sun Kyun turut menjadi mangsa ugutan daripada individu dikenali sebagai A yang dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut.

"Sun Kyun ada menerima ugutan daripada A berkaitan dengan kes itu dan kami sudah memfailkan agar perkara itu disiasat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Son Ye Jin, Lee Sun Gyun bakal bintangi filem Hollywood bersama aktor 'Avatar'

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tahu alamat, Jungkook reda takdir jadi artis tapi minta jangan datang rumah

"Kami akan mengambil tindakan tegas jika maklumat palsu atau berniat jahat dibuat terhadap pelakon kami," jelas kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, polis daerah Incheon menahan lapan individu termasuk Sun Kyun di sebuah kelab malam di Gangnam Seoul, Korea Selatan atas tuduhan menyalahguna dadah.

Sun Kyun sebelum ini terkenal menerusi filem Parasite selain A Hard Day, All About My Wife dan Helpless.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain