suria

Hebat! Son Ye Jin, Lee Sun Gyun bakal bintangi filem Hollywood bersama aktor 'Avatar'

Son Ye Jin dan Lee Sun Gyun terima tawaran berlakon filem Hollywood.

DUA pelakon popular Korea iaitu Son Ye Jin dan Lee Sun Gyun menerima tawaran untuk membintangi filem Hollywood berjudul Cross.

Menerusi laporan Celebrity Okezone, berita gembira itu telah disahkan sendiri oleh agensi kedua-dua pelakon pada Isnin lalu.

“Son Ye Jin sedang mempertimbangkan tentang filem itu, buat masa ini kesannya baik... jika tiada sebarang perubahan, Son Ye Jin akan menerima tawaran berkenaan," kata MS Team Entertaiment.

Sementara itu, agensi HODU&U Entertaiment yang menguruskan Lee Sun Gyun memberitahu mereka masih memikirkan mengenai tawaran tersebut.

"Aktor kami dapat tawaran dari Cross tapi ketika ini masih menilai peluang tersebut dan buat masa ini belum ada keputusan muktamad," ujarnya.

Jika kedua-dua bintang ini bersetuju menerima tawaran tersebut, mereka bakal bergandingan dengan Sam Worthington yang terkenal menerusi filem Avatar dan Clash of the Titans.

Difahamkan filem ini akan diarahkan oleh Andrew Niccol dan bakal memulakan penggambaran di Korea Selatan pada Mac tahun depan.

Sumber mendedahkan, Andrew tertarik untuk berkolaborasi bersama pelakon Korea Selatan selepas mengadakan kunjungan awal tahun lalu.

Dia sendiri dikatakan menghubungi aktres drama Crash Landing on You itu dan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dalam projek terbaharu berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Son Ye Jin, Lee Sun Gyun

Artikel Lain