suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BTS pecah rekod iTunes, rampas takhta dipegang Adele selama lima tahun

BTS memecah rekod baharu di laman iTunes.

KUMPULAN Kpop popular BTS mencatat rekod baharu apabila salah satu lagu dalam album Map of the Soul: 7 berjudul Black Swan meraih kedudukan pertama di carta iTunes di 103 negara.

Menurut laporan Allkpop, kejayaan itu sekaligus menewaskan rekod yang dipegang oleh penyanyi Adele menerusi lagu Hello pada tahun 2015.

Lagu nyanyian Adele itu hanya menduduki tangga pertama di 102 negara sahaja.

Kejayaan Black Swan turut diraikan oleh para peminat BTS yang menggelarkan diri mereka ARMY.

Menerusi laman Twitter, kata kunci BTS World Domination menjadi trending di beberapa buah negara.

Selain itu, BTS juga memecah rekod Billboard menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Stay Gold.

Lagu itu mendaki tangga pertama carta World Digital Song Sales dan merupakan penyanyi yang memiliki lagu paling banyak menduduki tangga pertama.

Stay Gold menjadi lagu ke-20 yang berada di kedudukan pertama, lagu lain BTS sebelum ini ialah Fire, Blood Sweat and Tears, Black Swan dan ON.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

BTS, Adele

Artikel Lain