suria

Kereta Via Vallen dibakar individu tak bertanggungjawab selepas penggambaran 'cover' lagu Blackpink

Via Vallen sedih kereta miliknya dbakar individu tidak dikenali baru-baru ini.

MALANG tidak berbau! Kereta mewah milik penyanyi popular Indonesia, Via Vallen dibakar oleh seorang lelaki dipercayai peminatnya.

Menurut laporan Hot Detik, Via memberitahu kereta itu diletakkan di kawasan luar rumah kerana dia menggunakan garaj kenderaan itu sebagai lokasi penggambaran video lagu cover terbaharu How You Like That nyanyian asal Blackpink.

Menerusi Instagram, Via meluahkan rasa sedih atas apa yang berlaku, namun akui reda dengan musibah yang melanda.

"How You Like That sudah boleh ditonton di laman YouTube. Untuk makluman video klip ini di rakam di garaj kereta belakang sebelum kejadian kereta terbakar," tulisnya.

Sementara itu, menerusi laporan portal sama, kenderaan mewah jenis Toyota Alphard itu dipercayai dibakar oleh seorang lelaki bernama Pije.

Individu berkenaan sudah ditahan polis dan memberitahu tindakannya itu berikutan rasa tidak puas hati terhadap keluarga Via.

Kereta berwarna putih itu dibeli secara tunai dan merupakan salah satu kenderaan kesayangannya.

Via Vallen

Artikel Lain