suria

Lim Wonder Girls bergelar isteri atlet Taekwando, majlis dihadiri ahli keluarga terdekat

Bekas ahli kumpulan Wonder Girls, Lim berkahwin dengan kekasihnya pada Ahad.

BEKAS anggota kumpulan Kpop terkenal Wonder Girls, Lim kini bergelar isteri kepada atlet Taekwando iaitu Shin Min Cheol pada Ahad.

Pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis tertutup di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

Menerusi kenyataan rasmi, Lim mengucapkan terima kasih kepada peminat serta kenalan yang memberi sokongan kepada mereka selama ini.

"Tanggal 5 Julai pada awalnya rasa sangat jauh, namun hari itu akhirnya tiba.



Lim dan suaminya menjalinkan hubungan sejak tahun 2013.

"Kami bersyukur kerana akhirnya dapat melangkah ke alam perkahwinan dengan restu orang ramai.

"Secara jujurnya, menjalinkan hubungan dan berkahwin secara terbuka bukan keputusan yang mudah, jadi kami bersyukur dengan ucapan tahniah yang diberi peminat.

"Terima kasih kepada semua yang melayani kami dengan baik dan menyokong kami dari awal perjalanan ini.

"Perkahwinan bukan penghujungnya, tapi satu permulaan. Kami akan hidup bahagia! Terima kasih," kata Lim.

Sebagai langkah berjaga-jaga berikutan pandemik Covid-19, hanya kenalan rapat dijemput hadir ke majlis tersebut termasuk keluarga, saudara mara serta ahli kumpulan Wonder Girls.

Lim dan suaminya juga membuat keputusan untuk menangguhkan percutian bulan madu mereka.

Sumber: allkpop

Lim, Wonder Girls

Artikel Lain