Kanye West umum bakal bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat, netizen luah rasa tak setuju!

Penyanyi rap Kanye West umum bakal bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat pada tahun ini.

PENYANYI rap antarabangsa Kanye West mengumumkan bakal bertanding untuk jawatan presiden Amerika Syarikat (AS), empat bulan sebelum pilihan raya diadakan.

Pemenang anugerah Grammy ini meraikan Hari Kemerdekaan negara itu dengan pengumuman tersebut yang dibuat di Twitter pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan meningkat, Demi Lovato rayu Trump jadi pemimpin bijaksana

"Kita perlu merealisasikan janji Amerika dengan meletakkan kepercayaan kepada Tuhan, menyatukan visi kita dan membangunkan masa depan kita.

"Saya akan bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat #2020VISION," tulis Kanye.

Kanye West pernah dikecam rakyat Amerika Syarikat kerana menyokong pelantikan Donald Trump sebagai presiden.

Penyanyi lagu Stronger ini telah menimbulkan spekulasi sejak beberapa tahun lalu bahawa dia akan bertanding jawatan tersebut.

Malah, pada November lalu Kanye pernah menyuarakan hasratnya untuk mencalonkan diri sebagai presiden AS pada tahun 2024.

Sebaik sahaja berita itu dikongsikan Kanye, pengasas Tesla iaitu Elon Musk memberikan sokongan penuh kepada penyanyi itu menerusi akaun Twitternya.

"Saya sokong awak sepenuhnya," tulis Elon.

Pengasas Tesla, Elon Musk menyatakan sokongannya terhadap Kanye.

Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan rancangan Kanye dan mengatakan ia hanya publisiti yang dibuat untuk menyokong Donald Trump.

Dalam pada itu, beberapa pengguna Twitter turut menganggap ia hanya rancangan Kanye untuk mempromosikan koleksi terkini kasutnya atau publisiti untuk pelancaran album baharu.

"Adakah ini satu rancangan supaya Trump dilantik semula sebagai presiden?

"Saya harap ini hanya publisiti untuk album baharu sebab... tidak! Jangan awak berani 2020, jangan fikirkan tentangnya langsung... dah banyak yang awak lakukan untuk tahun ini. Kanye, duduk rumah," tulis beberapa netizen Twitter.



Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan rancangan Kanye West untuk bertanding jawatan presiden.

Namun, masih belum jelas jika Kanye telah memfailkan dokumen rasmi untuk tampil dalam undian pilihan raya negeri pada tahun ini.

Walaupun tiada had waktu yang ditetapkan untuk menyertai pilihan raya presiden, calon harus memenuhi syarat tertentu yang dinyatakan di bawah Undang-Undang Akses Undi yang berbeza di setiap negeri.

Tarikh akhir untuk memasukkan calon dalam undi masih belum diluluskan di kebanyakan negeri di AS, termasuk California.

Sumber: Daily Mail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain