suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rusuhan meningkat, Demi Lovato rayu Trump jadi pemimpin bijaksana

Demi Lovato rayu presiden Donald Trump menjadi seorang 'pemimpin' dan bertindak mengatasi isu rusuhan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat.

PENYANYI terkenal antarabangsa Demi Lovato meminta Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi pemimpin bijaksana yang sangat diperlukan negara itu ketika pergolakan sosial dan protes keganasan polis yang sedang berlaku.

Melalui Instagram, Demi, 27, secara langsung memberi mesej kepada Trump dan meminta presiden itu menjalankan tugasnya sebagai pemimpin negara itu, bukan meningkatkan kerusuhan rusuhan sosial antara penguatkuasa dan penunjuk perasaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cole Sprouse ditahan ketika tunjuk perasaan, tak mahu jadi tumpuan masyarakat

"Donald Trump, jadilah pemimpin yang kami perlukan. Saya mohon kepada awak kerana awak presiden kami sehingga bulan November, kemudian awak perlu terima akibat dari tindakan awak untuk berdiam diri dan kurang sikap kepimipinan," tulisnya.

Tunjuk perasaan besar-besaran yang berlaku di negara itu bermula berikutan kes kematian George Floyd di Minneapolis pada 25 Mei lalu.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Demi Lovato, Donald Trump

Artikel Lain