suria

Cole Sprouse ditahan ketika tunjuk perasaan, tak mahu jadi tumpuan masyarakat

Cole Sprouse tegaskan dia bukan tumpuan dalam situasi yang melanda Amerika Syarikat pada waktu ini.

SELEBRITI terkenal antarabangsa Cole Sprouse ditangkap di Santa Monica, California, Amerika Syarikat AS) pada Ahad lalu semasa tunjuk perasaan secara aman diadakan.

Cole, menerusi Instagram, mendorong peminat untuk melakukan 'perkara yang betul' sepanjang waktu sukar yang sedang dilalui rakyat negara itu ketika ini.

"Saya ditangkap bersama sekumpulan penunjuk perasaan di Santa Monica. Jadi, sebelum media cuba untuk ubah fokus isu ini dan menumpukannya pada saya, saya rasa saya perlu bercakap tentang keadaan semasa: Black Lives Matter.

"Perdamaian, rusuhan, adalah satu bentuk tunjuk perasaan yang dibenarkan. Media, secara semula jadi hanya akan menunjukkan perkara yang sensasi, yang hanya membuktikan agenda rasis yang telah lama wujud. Saya ditahan ketika berdiri dalam solidariti, sama seperti barisan hadapan yang terakhir di Santa Monica," katanya.

Pelakon siri Riverdale ini berkata, sebagai seorang yang berpengaruh, penahanannya tidak memberi apa-apa kesan terhadap mereka yang menyertai tunjuk perasaan tersebut.

"Kami diberi pilihan untuk beredar, dan diberitahu bahawa jika kami tidak berundur kami akan ditangkap. Ketika ramai yang berpaling untuk pergi, kami mendapati barisan anggota polis lain menghalang laluan kami, dan pada masa sama, mereka mula mengikat kami.

"Sebagai seorang lelaki berkulit putih, dan seorang tokoh masyarakat, penahanan saya tidak akan memberi kesan kepada mereka yang menyertai pergerakan ini," tulisnya.

Cole merupakan antara selebriti terkenal AS yang menyertai tunjuk perasaan itu termasuk Halsey dan Ariana Grande.

Tunjuk perasaan besar-besaran itu bermula berikutan kes kematian George Floyd di Minneapolis pada 25 Mei lalu.

Sumber: Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Cole Sprouse, Black Lives Matter

Artikel Lain