suria

Travis Kelce beli banglo RM28 juta demi privasi bersama Taylor Swift

Taylor dan Travis mahukan ruang peribadi untuk luangkan masa bersama.

ATLET rugbi Travis Kelce dilaporkan membeli sebuah banglo mewah bernilai AS$6 juta (RM28 juta) demi mahukan privasi bersama teman wanitanya iaitu penyanyi Taylor Swift.

Daily Mail melaporkan Travis membeli kediaman agam berkeluasan 5,000 kaki persegi itu yang mempunyai enam buah bilik tidur, lengkap dengan kolam renang dan air terjun.

ruu

Rumah mewah dipercayai milik Travis yang baharu dibeli.

Bukan itu sahaja, kediaman mewah itu turut dilengkapi dengan gelanggang tenis seta padang golf mini.

Travis dikatakan membeli rumah itu kerana kediamannya sebelum ini mudah diakses oleh keluarga dan pekerjanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekali curang selamanya curang” - Bekas kekasih dedah perangai sebenar Travis Kelce, bagi amaran kepada Taylor Swift

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift sewa restoran, mahu berdua-duaan dengan Travis Kelce

Sebelum ini, Taylor mengejutkan peminat apabila dilihat hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan yang disertai Travis.

Tidak hanya itu, penyanyi lagu Love Story itu turut menempah sebuah restoran bagi membolehkan mereka berdua-duaan selepas perlawanan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain