suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bengang akaun TikTok salah guna nama sebar kandungan sensitif, Daus Mini buat laporan polis

Daus ambil tindakan tegas terhadap individu yang menyalahgunakan namanya.

PELAWAK asal Indonesia, Daus Mini tampil membuat laporan polis terhadap pengendali sebuah akaun TikTok yang didakwa telah menyalahgunakan namanya.

Lebih membimbangkan, menurut Daus, 39, akaun berkenaan memuat naik kandungan berunsur penghinaan melibatkan kaum, agama dan bangsa di negara berkenaan.

Laporan yang dibuat pada Jumaat itu susulan tiada tindakan daripada pihak berkenaan selepas Daus sendiri memberi amaran.

Daus mendakwa kandungan yang dimuat naik memberi kesan kepada dirinya. 

"Saya membuat laporan terhadap individu yang telah mencipta akaun media sosial menggunakan nama saya. Sebelum ini saya hanya berdiam diri, tetapi keadaan menjadi semakin teruk.

"Dia melanggar undang-undang kerana melakukan penghinaan terhadap kaum, agama dan bangsa menerusi akaun TikTok yang menggunakan nama saya," katanya kepada media.

Menurut Daus lagi, akaun berkenaan memberi gambaran seolah-olah dia mempromosikan produk dengan cara menyebarkan kebencian dalam kalangan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Daus Mini selebriti popular, peguam anggap tak logik tuduhan curang 

ARTIKEL BERKAITAN: Daus Mini syukur sudah cerai, ramai wanita tawar diri jadi isteri

Tambahnya, penyebaran kandungan sebegitu juga memberi kesan kepadanya sehingga ada yang mempercayai dia adalah pengendali akaun berkenaan.

"Pernah suatu ketika saya menghadiri majlis dan ada orang menunjuk-nunjuk ke arah saya sambil menjeling.

"Saya terpaksa menjelaskan bahawa akaun TikTok itu bukan milik saya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain