suria

Daus Mini syukur sudah cerai, ramai wanita tawar diri jadi isteri

Daus syukur dapat bebas daripada bekas isteri.

PELAWAK Daus Mini meluahkan rasa syukur akhirnya dia sah bercerai dengan isteri, Shelvie Hana Wijaya pada Rabu.

Kata Daus, 36, dia juga gembira apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan anak mereka Muhammad Al Fatih Firdaus adalah di bawah tanggungjawabnya.

“Alhamdulillah, akhirnya perkara yang dinanti-nantikan selama tiga bulan akhirnya selesai. Saya juga merasa gementar bukan kerana keputusan cerai tapi hak penjagaan anak.

Daus Mini bersama bekas isteri dan anaknya.

“Syukur doa anda semua dimakbulkan. Hal menjaga anak jatuh ke tangan saya dan bukan di pihak sana,” ujarnya.

Sementara itu dia juga sempat mengakui tidak pernah merasa trauma untuk kembali mendirikan rumah tangga meskipun tiga kali gagal dalam perkahwinan.

Malah dia sempat berseloroh mengakui ramai wanita yang cuba mendekatinya sejak kisah rumah tangga dengan Shelvie bermasalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Daus Mini buat ‘plot twist’ di mahkamah... Batal tuduhan curang, dakwa suami tak mampu tunai nafkah

ARTIKEL BERKAITAN: Daus Mini selebriti popular, peguam anggap tak logik tuduhan curang

“Semakin ramai wanita yang mahu dekat. Tapi saya tak mahu isteri orang. Yang penting kalau nak dekat biarlah single,” ujarnya.

Untuk rekod, Daus dan Shelvie mendirikan rumah tangga pada 2018 dan mereka mempunyai seorang anak angkat bersama.

Pada 13 Februari lalu, Shelvie memfailkan tuntutan cerai atas dakwaan suaminya itu gagal memberi nafkah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain