suria

Taylor Swift kembali ke pangkuan vokalis The 1975 selepas 10 tahun berpisah

Taylor dan Matty dilaporkan saling berhubung walaupun sibuk dengan konsert.

SEBULAN selepas berpisah dengan Joe Alwyn, penyanyi Taylor Swift tidak menunggu lama mencari cinta baharu malah dikatakan sudah menemui pengganti.

The Sun melaporkan Taylor kini kembali menjalinkan hubungan cinta dengan vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy.

Pasangan itu pernah bersama sekitar 10 tahun lalu namun percintaan mereka ketika itu hanya berlangsung dalam tempoh singkat.

2553532

Taylor dan Matty kembali bercinta selepas 10 tahun.

"Taylor dan Matty sangat tergila-gilakan antara satu sama lain. Mereka pernah bercinta tetapi hubungan itu singkat 10 tahun lalu. Mungkin masa yang tidak sesuai ketika itu," kata sumber penyanyi berkenaan.

Sumber itu memaklumkan, meskipun kedua-duanya sibuk dengan karier namun mereka kerap berhubungan menerusi telefon.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift dan Joe Alwyn beli rumah RM66 juta sebelum berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Nick Cannon mahu anak ke-13 dengan Taylor Swift, anggap mereka pasangan sepadan

Malah penyanyi lagu Love Story itu dikatakan sudah tidak sabar bertemu dengan Matty selepas konsert jelajahnya berakhir tidak lama lagi.

Dalam pada itu, sumber turut mendedahkan kali ini Taylor lebih terbuka dengan hubungan cintanya itu malah cukup terbuka berkongsi mengenainya dengan kenalan terdekat.

21414124

Taylor dan Matty pernah bercinta 10 tahun lalu.

Sikapnya itu ternyata berbeza dengan hubungan sebelum ini yang mana Taylor lebih suka mendiamkan diri daripada berbicara mengenainya.

Pun begitu, sehingga kini Taylor mahupun Matty masih belum mengesahkan hubungan mereka kepada umum.

Untuk rekod, Taylor dan Joe menjalinkan hubungan cinta sejak 2018 namun mereka berpisah pada April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain