suria

Taylor Swift dan Joe Alwyn beli rumah RM66 juta sebelum berpisah

Taylor dan Joe beli rumah bersama sebelum berpisah.

BERITA perpisahan pasangan Taylor Swift dan Joe Alwyn masih lagi menjadi perhatian ramai apabila kedua-dua mereka memilih berdiam diri daripada bercakap tentang punca sebenar hubungan itu terlerai.

Bagaimanapun menurut laporan The Sun, pasangan itu membeli sebuah rumah mewah sebelum berpisah yang dianggarkan bernilai AS$15 juta (RM66 juta) di Belsize Park, London.

25953278-8111031-image-a-16_1584137857354

Rumah mewah dipercayai milik Taylor dan Joe.

Lokasi berkenaan memang menjadi lokasi kegemaran selebriti terkenal dunia membeli aset kediaman di London.

Difahamkan rumah mewah itu dibeli sekitar November 2022 yang mempunyai tujuh bilik tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Nick Cannon mahu anak ke-13 dengan Taylor Swift, anggap mereka pasangan sepadan

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta 6 tahun Taylor Swift dan Joe Alwyn berakhir perpisahan

Untuk rekod,Taylor dan Joe menjalinkan hubungan cinta pada sejak 2018.

Bagaimanapun pasangan berkenaan dilaporkan telah berpisah pada awal April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain