suria

Peminat buat forum dedah bukti Rose Blackpink kekasih Kang Dong Won

Peminat kongsi bukti Rose dan Dong Won bercinta.

PERSOALAN tentang hubungan antara penyanyi Rose Blackpink dan pelakon Kang Dong Won kembali hangat diperkatakan netizen apabila mereka mula berkongsi bukti pasangan itu sedang bercinta di media sosial.

Allkpop melaporkan menerusi sebuah forum komuniti dalam talian mendakwa Rose dan Dong Won merupakan pasangan kekasih berdasarkan beberapa penilaian yang menjurus ke arah itu.

Antara bukti yang dikemukakan adalah mereka pakai barang kemas dan pakaian sedondon, menghadiri majlis bersama, berkongsi kenalan yang sama selain beberapa lagi petunjuk..

rosee - 1

Rose dan Dong Won sebelum ini terpalit dengan dakwaan penyalahgunaan dadah.

Dalam pada itu, peminat memberi pelbagai reaksi berhubung dakwaan tersebut dan kebanyakannya tidak percaya kerana Dong Wong tua 16 tahun daripada Rose.

Sementara itu, menerusi forum sama, seorang peminat mendakwa rakannya pernah terserempak dengan pasangan itu di sebuah bar di kawasan Cheongdam di Gangnam, Seoul beberapa bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Rose Blackpink dituduh guna dadah... YG Entertainment bakal ambil tindakan langgar hak privasi

ARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink nyaris dapat malu besar, kancing baju tercabut ketika asyik menyanyi

Sebelum ini foto pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila ramai membuat spekulasi kedua-dua selebriti terkenal ini terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun syarikat pengurusan kumpulan Blackpink, YG Entertainment menyelar tuduhan tersebut dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak menyebarkan fitnah tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain