suria

Tak sempat layan peminat di lapangan terbang, Han Soo He buat permohonan maaf terbuka kepada peminat

Han So Hee berterima kasih pada peminat yang menyambutnya pulang dari LA.

PELAKON Korea Selatan Han So Hee tampil membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran tidak dapat menyapa kesemua peminat yang menunggunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul baru-baru ini.

So Hee menjelaskan dia yang baru tiba dari Los Angeles bagi menghadiri pertunjukan fesyen jenama Dior tidak dapat bermesra dengan peminat kerana tergesa-gesa hendak pulang ke rumah.

Aktres itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih dan rasa terharu kepada semua peminatnya yang sanggup menunggu di lapangan terbang pada lewat malam sekali gus berjanji akan cuba meluangkan masa bersama mereka pada masa akan datang.

Han So Hee 1

Han So Hee minta maaf pada peminat.

"Saya minta maaf jika saya tidak dapat menegur semuanya, saya akan pastikan lainkan tidak akan terjadi perkara seperti itu.

"Saya terlalu sibuk sehingga ada peminat yang tidak sempat saya sapa. Saya minta maaf dan berterima kasih kerana menyambut saya pada lewat malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee salah cakap, agensi jelaskan salah faham babak intim dalam drama My Name dibuat tanpa persetujuan

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee dikejarkan ke hospital selepas jatuh pengsan di set penggambaran

"Saya harap semua orang pulang dengan selamat, terima kasih dan jumpa lagi. Saya harap tiada yang cedera," katanya.

Menerusi ruang komen permohonan maaf itu, peminat meluahkan rasa terharu dengan sikap rendah diri So Hee dan tidak menyalahkannya kerana memahami dia dalam keadaan penat selepas menempuh penerbangan yang panjang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain