suria

Gagal bayar tuntutan gaji, Song Ji Hyo saman syarikat pengurusan

Ji Hyo tegas menuntut bayaran gaji tertunggak.

PELAKON Song Ji Hyo memfailkan saman terhadap bekas syarikat pengurusannya atas dakwaan gagal membayar tuntutan gaji sebelum ini.

Ji Hyo bertindak demikian pada Selasa selepas syarikat Uzorocks sekali lagi melanggar perjanjian mereka yang mahu menjelaskan bayaran sehari sebelum itu.

Menurut wakil kepada Ji Hyo, aktres tersebut memulakan tindakan undang-undang kerana tidak lagi mempercayai janji dari pihak terbabit.

ARTIKELL BERKAITAN: Kecekapan Song Ji Hyo guna bahasa isyarat sapa peminat OKU di Malaysia buat ramai kagum - “Tak ada boleh lawan keramahan dia”

"Pihak Uzorocks sudah beberapa kali melepasi tarikh perjanjian dalam soal pembayaran gaji.

"Song Ji Hyo tidak boleh menunggu lagi dan membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas kepercayaannya dikhianati," ujar wakil terbabit.

Tunggakan tersebut termasuk pembayaran untuk Ji Hyo dalam dalam beberapa program televisyen.

Menurut laporan sebelum ini syarikat berkenaan sudah lama berdepan dengan masalah kewangan sehingga tidak mampu membayar artis di bawah naungan mereka serta gaji bulanan pekerja.

Pada 14 April lalu, Ji Hyo juga telah menghantar notis kepada Uzorocks untuk tidak lagi bernaung di bawah syarikat itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain