suria

Terpalit kontroversi curang, Virgoun masih bersedih namun tetap kerja seperti biasa

Virgoun masih kerja seperti biasa walaupun dalam keadaan sedih.

PENYANYI Virgoun tetap berkerja seperti biasa meskipun isu curang memabitkan dirinya sedang hangat diperkatakan netizen.

Menurut peguam Virgoun iaitu Sandy Arifin, anak guamnya itu masih lagi berada di Jakarta dan sedang bersedia untuk melakukan persembahan di luar bandar.

"Kalau tak silap dia masih lagi di Jakarta, dia akan keluar bandar untuk seketika kerana ada kerja yang perlu diselesaikan," katanya kepada Detikhot.

Sandy memberitahu, anak guamnya itu ketika ini sedang bersedih selepas isterinya Inara Rusli mendedahkan hubungan sulitnya kepada umum namun masih bersikap profesional terhadap kerjanya.

245498534_604902220664411_8272789427236129752_n

Virgoun sedih dengan kemelut rumah tangga.

"Anak guam saya masih lagi bersedih tapi dia masih mahu berkerja seperti biasa," katanya lagi.

Kata Sandy, Virgoun ketika ini juga sangat merindui dan memikirkan keadaan anak-anaknya namun dia tetap dengan pendirian mahu bercerai dengan isterinya.

Malah penyanyi yang terkenal dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla itu juga bakal memfailkan penceraian terhadap isterinya pada minggu hadapan.

"Ketika ini, dia juga merindui anak-anak dan memikirkan mereka. Keputusan untuk bercerai juga sukar buatnya namun proses perundangan perlu dilakukan. Kami akan failkan pada minggu hadapan," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk dimalukan isteri, Virgoun mahu fail cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun mengaku semua dakwaan isteri, pilih curang jalan lari dari masalah

Kisah rumah tangga Virgoun sebelum ini menjadi bualan ramai selepas isterinya mendedahkan sikap curang penyanyi itu meskipun pernah berjanji untuk berubah pada akhir April lalu.

Dalam satu kenyataan, Inara mendedahkan sikap buruk suaminya termasuk berlaku curang dengan selain memiliki fantasi seks tersendiri.

Virgoun juga didakwa pernah meminta isterinya untuk melakukan hubungan intim ketika mereka berpuasa.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain