suria

Langgar perjanjian, Shakira halang Gerard Pique jumpa anak

Pique tidak dapat berjumpa anak-anak ketika tiba di Miami.

PENYANYI Shakira dikatakan enggan memberi kebenaran kepada bekas teman lelakinya iaitu pemain bola, Gerard Pique untuk bertemu anak-anak mereka.

Pique yang merupakan warganegara Sepanyol terbang ke Miami, Amerika Syarikat baru-baru ini untuk berjumpa dua orang anaknya itu namun tidak kesampaian.

Tindakan Shakira menghalang niat Pique itu juga bermakna dia telah melanggari perjanjian yang ditetapkan dalam soal hal penjagaan anak selepas mereka berpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan sudah ada teman lelaki, Shakira bawa diri ke Miami mulakan hidup baharu

Menurut sumber, tindakan Shakira berbuat demikian adalah kerana Pique telah meluangkan masa bersama anak-anak mereka awal April lalu.

Meskipun pun hanya untuk dua hari, bagi Shakira Pique tidak memanfaatkan masa itu sebaik mungkin dan tidak perlu bertemu sekali lagi dalam bulan yang sama.

Mereka sebelum ini bersetuju untuk Pique bertemu anak-anak mereka selama 10 hari setiap bulan.

Untuk rekod, Shakira dan Gerard mula menjalinkan hubungan sejak 2011 dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Shasha dan Milan.

Awal April lalu, Shakira membuat keputusan untuk berpindah ke Miami selepas dikatakan bertemu dengan kekasih baharu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain