suria

Dikatakan sudah ada teman lelaki, Shakira bawa diri ke Miami mulakan hidup baharu

Shakira dilihat meninggalkan Sepanyol bersama dua orang anaknya.

SELEPAS hampir setahun berpisah dengan kekasih, penyanyi Shakira kini bakal memulakan hidup baharu di Miami bersama dua orang anaknya.

Menurut laporan media Sepanyol, penyanyi itu dilihat berada di lapangan terbang Sepanyol dengan membawa beg yang banyak pada Ahad.

Khabar angin penghijrahan Shakira itu sudah lama menjadi bualan selepas hubungannya dengan pemain bola Sepanyol, Gerard Pique berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Benci wanita ‘penyondol’... Shakira kini lebih kuat, tidak lagi mengharap cinta lelaki

Bagaimana pun atas faktor-faktor tertentu termasuk kesihatan bapanya yang tidak mengizinkan, Shakira terpaksa menangguhkan hasrat tersebut.

Dalam masa sama, dia juga sebelum ini dilihat sibuk menguruskan hal perpindahan termasuk menamatkan sesi persekolahan anak-anaknya.

Selain itu satu sumber memaklumkan Shakira juga nekad untuk berpindah ke Miami selepas mula rapat dengan seorang teman lelaki baharu.

Untuk rekod, Shakira dan Gerard mula menjalinkan hubungan sejak 2011 dan mereka mempunyai dua orang anak lelaki bersama.

Hubungan mereka berakhir Jun tahun lalu apabila penyanyi lagu Waka Waka itu mendakwa kekasihnya curang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain