suria

Tak mahu ‘hidup’ kembali, Michelle Rodriguez tolak tawaran sekuel Avatar

Michelle ada alasan sendiri tolak berlakon sekuel Avatar.

PELAKON Michelle Rodriguez menolak tawaran untuk kembali dalam mana-mana sekuel filem Avatar meskipun dua karya arahan James Camerons itu sebelum ini memperoleh hasil kutipan lumayan.

Kata Michelle, James pernah menyuarakan idea untuk menghidupkan kembali watak Trudy yang dilakonkannya dalam filem pertama Avatar yang ditayangkan pada 2009.

Bagaimanapun dia tidak mahu menerimanya kerana enggan menghidupkan kembali watak yang sudah meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Trofi Pelakon Wanita Terbaik milik Michelle Yeoh, cipta sejarah rakyat Malaysia pertama menang Oscar

“Apabila saya bertemu James baru-baru ini dia ada kata mahu bawa kembali watak saya dalam Avatar. Katanya banyak watak yang muncul semula dalam Avatar: The Way of Water.

“Kemudian saya katakan ia tidak mungkin berlaku sebab watak yang dibawakan sebelum ini telah mati.

“Saya tidak mahu perkara saya berulang dalam kerjaya. Saya telah melakonkan watak yang hidup semula dalam tiga buah filem sebelum ini,” katanya seperti yang dipetik dari Variety.

Michelle sebelum ini pernah membuat kemunculan semula dalam tiga buah siri filem lakonannya iaitu Fast & Furious, Resident Evil dan Machete Kills.

“Saya tidak mahu hidup semula kali keempat dalam filem,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain