suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Indonesia Adinda Azani timang bayi lelaki, mengidam makan sashimi salmon selepas bersalin

Adinda Azni makan salmon mentah sepuasnya selepas bersalin.

PELAKON Indonesia, Adinda Azani meluahkan rasa syukur apabila selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Sabtu.

Adinda turut memaklumkan dia dan suami iaitu Armanda Zachary telah memilih nama Arthura Zachni Kala Sukandar buat anak sulung itu.

"Assalamualikum, selamat datang ke dunia Arthura Zachni Kala Sukandar," tulisnya di ruang kapsyen.

Adinda Azani selamat timang cahaya mata sulung.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, jelas terpancar wajar gembira Adinda selepas selamat melahirkan anak sulungnya itu.

Adinda juga memaklumkan bahawa doktor yang merawatnya membenarkan dia untuk menikmati pelbagai hidangan sebaik sahaja bersalin.

Disebabkan perkara itu, Adinda segera meminta suaminya membeli sashimi salmon untuknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amaran tegas buat Once, boleh kena penjara jika terus nyanyi lagu Dewa 19

ARTIKEL BERKAITAN: Once tiada hak, Ahmad Dhani minta jangan pertikai isu royalti Dewa 19

"Apabila doktor kata boleh makan apa sahaja terus minta suami ini," kongsinya lagi.

Katanya, dia dilarang untuk menikmati hidangan kegemaran tersebut apabila disahkan kehamilannya.

Untuk rekod, Adinda Azani berkahwin dengan Armand Zachary pada Jun 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia