suria

Amaran tegas buat Once, boleh kena penjara jika terus nyanyi lagu Dewa 19

Kemelut Once (kiri) dan Ahmad Dhani masih berlarutan.

ISU penyanyi dan komposer Ahmad Dhani melarang bekas vokalis Dewa 19 iaitu Once untuk menyanyikan lagu kumpulan tersebut terus hangat diperkatakan.

Terbaharu, Ahmad Dhani menerusi peguamnya memberi amaran bahawa Once boleh dikenakan hukuman jika terus berdegil mahu menyanyikan lagu-lagu yang pernah diterbitkan bersama Dewa 19.

Bagaimanapun kata Aldwin Rahadian selaku peguam, Ahmad Dhani sedia untuk bersemuka dan berbincang dengan Once bagi penyelesaian masalah tersebut.

“Ancaman tiga tahun penjara atau denda Rp 500 juta (kira-kira RM150,000).

once 2

Once tetap akan membawa lagu Dewa 19 ciptaannya.

“Dhani bukanlah seorang yang berkeras, dia fleksibel dan boleh dibincangkan secara baik. Jika berbincang ia boleh selesai dan tiada masalah,” katanya seperti yang dipetik dari Suara.

Hukuman tersebut merujuk kepada Perkara 113 Undang-Undang Hak Cipta Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Once tiada hak, Ahmad Dhani minta jangan pertikai isu royalti Dewa 19

Ahmad Dhani sebelum ini dalam satu kenyataan tentang perkara itu menyebut bahawa larangan yang dibuat juga berkaitan isu royalti selain kumpulan Dewa 19 kini sedang melakukan konsert jelajah di sana.

Sementara itu Once pula memberitahu permintaan menyanyikan lagu Dewa 19 adalah dari pihak penganjur acara dan isu bayaran royalti adalah tanggungjawab mereka.

Dalam masa sama dia juga menerima baik permintaan Ahmad Dhani namun tetap akan menyanyikan lagu berjudul Cemburu kerana ia merupakan ciptaan bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain