suria

Once tiada hak, Ahmad Dhani minta jangan pertikai isu royalti Dewa 19

Ahmad Dhani jawab isu royalti.

PENYANYI Ahmad Dhani bertegas agar tidak ada lagi individu yang membangkitkan isu royalti dan hak kekayaan intelektual kumpulan Dewa 19 kepada Once Mekel.

Kompas melaporkan, Dhani menjelaskan isu royalti yang diperjuangkan mereka tidak boleh diwakili oleh Once kerana dia bukan pencipta lagu.

"Saya berharap jangan ditanya lagi kepada Once kerana dia tidak tahu apa-apa. Pertama, Once tidak mewakili pencipta lagi.

"Kalau ditanyakan kepada Badai, Yovie atau Piyu mungkin okaylah kerana mereka merupakan pencipta lagu," katanya.

dhani1 - 1

Dhani menegaskan Once bukanlah pencipta lagu-lagu Dewa 19.

Dalam pada itu, Dhani berpendapat isu royalti dan hak kekayaan intelektual jika ditanya kepada individu yang salah merupakan satu perkara yang sia-sia.

Penyanyi itu mengakui dia tidak pernah mempersoalkan jika ada penyanyi profesional ingin membawakan lagu-lagu Dewa 19.

Namun berpendapat pihak pengurusan acara yang sepatutnya mengikuti peraturan untuk meminta izin daripada persatuan Wahana Musik Indonesia (WAMI).

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan 30 lagu gegar Axiata Arena, magik Dewa 19 belum 'Pupus'

ARTIKEL BERKAITAN: Dewa 19 tampil dengan aplikasi muzik, boleh karaoke dan muat turun lagu eksklusif

"Kalau sekarang ini, penyanyi tidak salah kerana yang harus membayar bukan penyanyi tetapi pihak penganjur," ujarnya.

Sementara itu, Dhani turut menegaskan hubungannya dengan Once tidak mempunyai sebarang masalah.

"Ramai yang tanya sama ada saya dengan Once baik atau tidak. Saya dan Once tidak ada apa-apa pun.

"Kerana wang wajib bayar kepada saya bukan Once," katanya.

Terdahulu, Once dalam sebuah temu bual menjawab tuduhan bahawa pihaknya tidak membayar royalti kepada Dhani ketika membawakan lagu-lagu milik Dewa 19.

Once memberitahu perkara itu masih lagi dalam perbincangan dan pertimbangan pihak pengurusan kedua-dua belah pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain