suria

Bintang legenda Indonesia Nani Wijaya meninggal dunia

Nani Wijaya meninggal dunia.

PELAKON legenda Indonesia, Nani Wijaya dilaporkan meninggal dunia di usia 79 tahun pada pukul 3.28 pagi Khamis.

Berita kematian itu disahkan sendiri oleh anaknya, pelakon Cahya Kamila menerusi Instagram miliknya.

"Innalillahiwainnailaihirojiun ibu saya telah pulang ke rahmatullah dengan tenang Hajah Nani widjaya hospital Fatmawaty pada 16 Mac 2023 pukul 3.28 pagi.

nani1 - 1

Nani menghembuskan nafas terakhir di hospital.

"Mohon dimaafkan segala kesalahan yang disengaja atau tidak disengajakan," katanya.

Memetik laporan CNN Indonesia, sebelum ini ada khabar angin yang mengatakan Nani dibawa ke hospital kerana mengalami kesesakan nafas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 'Legally Blonde' Raquel Welch meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi veteran Julie Sudiro meninggal dunia

Namun, berita itu dinafikan oleh anaknya iaitu Nina Kartika yang memberitahu Allahyarham ke hospital kerana sakit tua.

Nina bagaimanapun menjelaskan keadaan Nani bertambah baik walaupun harus menjalani trakeostomi untuk membantu pernafasan.

"Kalau sudah berumur, biasalah sakit-sakit," ujarnya.

Nani merupakan aktres senior dan legenda Indonesia yang telah berkecimpung dalam dunia seni lakonan sejak tahun 60-an lagi.

Bukan hanya di layar perak, Nani juga kerap membintangi drama sinetron sejak 1995 dan antara drama popular yang pernah dilakonkan termasuk Tukang Bubur Naik Haji The Series, Bajaj Bajuri, Kemilau Cinta Kamila, Intan, Si Cecep dan banyak lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain