suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Daus Mini buat ‘plot twist’ di mahkamah... Batal tuduhan curang, dakwa suami tak mampu tunai nafkah

Shelvie dakwa Daus gagal jalankan tanggungjawab sebagai suami.

PROSES perbicaraan kes cerai antara pelawak Daus Mini dan isterinya Shelvie Hana Wijaya bagaikan satu 'plot twist' dalam drama apabila wanita itu tidak lagi membangkitkan isu curang dalam sidang mahkamah.

Sebaliknya Shelvie menyebut bahawa alasan dia meminta cerai adalah kerana Daus gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami termasuk isu pemberian nafkah.

"Kami anggap Daus tidak boleh menjalankan kewajipan sebagai suami. Dia tidak pernah memberi nafkah dengan baik secara zahir dan batin sejak beberapa tahun ini," jelas peguam yang mewakili Shelvie.

ARTIKEL BERKAITAN: Daus Mini selebriti popular, peguam anggap tak logik tuduhan curang

Wanita itu sekaligus menuntut pemberian nafkah bulanan selepas mereka bercerai dan akan tegas membuat laporan polis jika Daus gagal melakukan sedemikian.

Sementara itu, peguam Daus pula yakin bahawa Shelvie membatalkan dakwaan curang itu kerana tiada bukti yang kukuh.

"Perkara penting dalam sidang ini adalah pihak Shelvie menghapuskan dakwaan curang kerana mereka tiada bukti berkaitan hal ini," jelas peguam berkenaan.

daus mini 2

Daus bersama peguam sedia menjawab semua dakwaan Shelvie.

Pada 13 Februari lalu, Shelvie memfailkan cerai terhadap Daus atas alasan curang selain layanan buruk yang diberikan kepada kedua ibu bapanya dalam tempoh mereka berkahwin sejak 2018.

Ini merupakan kali ketiga Duas melalui fasa kegagalan rumah tangga selepas dua bekas isterinya sebelum ini juga membuat permohonan cerai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia