suria

Lindsay Lohan sudah hamil, tak sabar mulakan hidup sebagai ibu

Lindsay Lohan teruja sambut kehamilan pertama.

PELAKON Lindsay Lohan mengumumkan dia kini sedang berbadan dua selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga dengan Bader Shammas.

Memetik laporan TMZ, Lindsay mengakui bahawa dia sememangnya sedang menunggu waktu untuk menimang cahaya mata.

Malah mereka juga teruja untuk menjalani kehidupan baharu sebagai ibu bapa memandangkan ini merupakan anak sulung mereka.

300445202_754593972286079_7497883244098933619_n

Lindsay dan suami tak sabar nak bergelar ibu bapa.

"Kami sangat gembira dengan kehadiran anggota baharu, dan kami tidak sabar untuk menempuh hidup baru kami," katanya.

Sebelum ini, Lindsay berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram dengan memuat naik sehelai baju bayi berwarna putih dengan tulisan akan datang.

Malah Lindsay juga turut meluahkan rasa gembira dan syukur tentang rezeki yang ditunggu-tunggu selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lindsay Lohan dah tempah baju pengantin, mahu majlis berjalan dengan tenang

ARTIKEL BERKAITAN: Lindsay Lohan bertunang dengan pegawai bank

"Kami sangat bersyukur dan bahagia," tulisnya di ruangan kapsyen.

Untuk rekod, Lindsay dan Bader telah berkahwin pada 2 Julai 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain