suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lindsay Lohan dah tempah baju pengantin, mahu majlis berjalan dengan tenang

Lindsay sudah menempah beberapa pasangan baju kahwin.

PELAKON Lindsay Lohan memberitahu dia kini sudah melakukan beberapa persiapan menjelang majlis perkahwinannya tidak lama lagi.

Memetik laporan Hollywoodlife, Lindsay berkata dia sudah menempah beberapa pasangan gaun yang akan dipakai pada hari bahagiannya itu.

"Saya sudah berbincang dengan kawan saya mengenai gaun... mungkin beberapa pasang gaun," katanya.

Sebelum ini, pelakon The Freaky Friday itu mendedahkan sudah bertunang dengan Bader Shammas pada 28 November tahun lalu.

Dalam pada itu, biarpun majlis perkahwinan akan berlangsung tidak lama lagi namun Lindsay sentiasa dilihat tenang.

"Saya bukan seorang yang kelam kabut. Macam di hari lahir saya, saya mahu pastikan semua orang dalam keadaan baik. Kemudian, barulah saya okay.

"Saya mahu semua perkara dalam keadaan betul dan mengikut susunan yang ditetapkan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia