suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas Siti Badriah, suami pula dijangkiti Covid-19... Rasa sakit tulang belakang

Siti Badriah dijangka bersalin bila-bila masa.

BUKAN sahaja penyanyi Siti Badriah yang kini sarat mengandung disahkan positif Covid-19, malah suaminya iaitu Krisjiana Baharudin turut dijangkiti.

Krisjiana menerusi laman Instagram miliknya juga berkongsi beberapa gejala yang dialaminya pada awal dirinya dijangkiti.

Bagaimanapun selepas beberapa hari, Krisjiana memberitahu keadaan dia dan isterinya kini sudah semakin baik.

"Rasa sakit sangat tulang.... berbisa rasa tulang-tulang dalam badan. Tapi sekarang dah hilang gejala seperti demam dan tulang pun dah tak sakit.

"Deria rasa dan bau pun tak hilang. Keadaan saya dan isteri semakin baik. Tiada gejala yang teruk. Malah kami boleh bergelak ketawa," katanya.

Pada Khamis, Siti Badriah mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 disaat dirinya sarat mengandung dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain